Malaysia Terima 421 Migran Syria

NEW YORK – Sekumpulan 421 migran Syria bakal dibawa masuk ke Malaysia menjelang akhir tahun ini dalam memenuhi tanggungjawab antarabangsa terhadap migran akibat daripada konflik yang melanda beberapa buah negara berkonflik.

 

Menurt Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Kuala Lumpur tetap berpegang teguh dalam usaha membantu negara ini kerana ia mencerminkan kesungguhan dalam membantu menanggani isu ini.

 

“Saya berani memberi jaminan bahawa Malaysia tidak akan mengabaikan tanggungjawab dan komitmen antarabangsanya dalam menangani isu migran ini yang berpunca daripada peperangan, bencana alam, pergolakan politik dan konflik senjata,” katanya.

 

Beliau yang mengetuai delegasi Malaysia pada sesi ke-71 Perhimpunan Agung PBB (UNGA), berkata ketika berucap pada mesyuarat peringkat tinggi mengenai isu menangani pemindahan besar-besaran pelarian dan migran di sini.

 

Dalam ucapannya merujuk kepada ikrar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada sesi ke-70 UNGA tahun lepas bahawa Malaysia akan menerima 3,000 migran Syria dalam tempoh tiga tahun hasil daripada konflik Syria dan Iraq.

 

“Saya mahu berkongsi pada persidangan yang mulia ini bahawa kami telah menerima 79 migran Syria dalam dua kumpulan setakat Mei 2016, dan kami sudah bersedia untuk menerima 412 migran Syria lagi menjelang akhir tahun,” katanya kepada perhimpunan agung PBB itu yang diadakan di tengah-tengah kawalan ketat keselamatan, dengan kehadiran polis jelas kelihatan di setiap sudut bandar kosmopolitan ini yang mempunyai penduduk seramai 8.5 juta orang.

 

“Ini jelas menunjukkan kepatuhan penglibatan Malaysia terhadap isu yang berterusan ini,” kata Ahmad Zahid pada mesyuarat itu, yang pertama secara rasmi baginya di UNGA.

 

 

Tambah beliau lagi, Malaysia sentiasa menghulurkan bantuan tanpa memberi kesan kepada negara.

 

“Walaupun tidak menjadi anggota Konvensyen Pelarian 1951 dan Protokol 1967 Protocol, Malaysia telah sentiasa menghulurkan bantuan kemanusiaan terhadap kes-kes tertentu tanpa menjejaskan kedaulatan, kewibawaan dan keselamatan negara,” ujarnya

 

Dalam pada itu. beliau mengesa negara-negara yang dilibat dalam Konvensyen Perlarian 1951 dan UNHCR memberi perhatian terhadap isu ini dan tindakan segera perlu dilakukan.

 

 

“Satu lagi masalah berhubung kependudukan pelarian sedia ada di Malaysia ialah kesahihan kad UNHCR yang dikeluarkan kepada mereka.

 

“Langkah ke hadapan yang saya cadangkan dalam perbincangan dengan UNHCR ialah penubuhan pasukan petugas bersama antara Malaysia dan UNHCR bagi mendaftarkan dan mengeluarkan kad yang mengandungi ciri-ciri tambahan keselamatan,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.