Jeff Ooi Serah Diri Pada Polis

Jeff Ooi kini berada di balai polis di mana kenyataannya diambil.

 

 

Tetapi ianya seolah-olah bahawa banyak PakaTun masih percaya bahawa Jeff Ooi tidak melakukan sebarang kesalahan dan “Adious” bukanlah satu masalah.

 

 

Untuk rekod, Jeff Ooi membuat dua tweet yang sangat teruk. Satu telah dipadam lebih cepat daripada yang satu lagi.

 

 

Kebanyakan orang nampaknya kecewa dengan tweet yang kedua, iaitu “Adios. Let there be peace”, yang mana merupakan tweet semula daripada “Haron Din selling air jampi all his life to cure all sorts of illness”.

 

 

Melihat konteks tweet semula itu, di mana Ahli Parlimen mana-mana pun yang mempunyai otak tidak akan tweet semula, malah “Adios. Let there be peace” boleh ditafsirkan (seperti mana kebanyakan orang mentafsirkan) sebagai “Haron Din telah meninggal dunia dan akhirnya wujudlah keamanan.”

 

 

YB Jeff dan penyokongnya boleh menafikan apa sahaja yang mereka mahu nafikan dan mendakwa bahawa tiada sebarang kesalahan.

 

 

Tetapi mereka juga perlu memberitahu kita mengapa kedua-dua ketua PKR dan DAP di Pulau Pinang turut membidas YB Jeff.

 

 

Tidak mungkin kesemua tiga-tiga orang itu berkata benar.

 

 

Jadi, siapa yang patut kita percaya? PKR Pulau Pinang dan Ketua Menteri Pulau Pinang atau Ahli Parlimen DAP Jeff Ooi?

 

 

(A) Jika anda memilih Jeff Ooi, itu bermakna ketua PKR dan DAP bodoh dan tidak faham bahasa.

 

(B) Jika anda memilih ketua PKR dan DAP, maka ia bermakna Jeff Ooi adalah seorang yang sangat bodoh dan degil.

 

Jadi, mereka yang masih mempertahankan Jeff Ooi perlu memilih sama ada (A) atau (B) adalah yang betul.

 

Oleh:

Lim Sian See

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.