Indonesia Nafi 100,000 Kematian Akibat Jerebu

JAKARTA – Indonesia menolak hasil kajian pakar penyelidik daripada dua buah universiti Amerika Syarikat (AS) yang menganggarkan kematian lebih 100,000 nyawa akibat jerebu tahun lalu.

 

 
Reuters melaporkan, Pengarah Pencegahan Dan Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Indonesia, Mohamad Subuh berkata, data penyelidikan tersebut adalah salah dan ‘tidak masuk akal’.

 

 
Katanya, data mengenai kematian adalah jelas, kerana pihaknya mempunyai pengawasan berkaitan perkara itu.

 

 

“Kami mempunyai pengawasan andaian kematian berdasarkan pengiraan matematik adalah tindakan yang ‘tidak bertanggungjawab’,”ujarnya.

 

 
Terdahulu, penyelidikan oleh Universiti Harvard Dan Universiti Columbia menganggarkan, pendedahan terhadap pencemaran akibat kebakaran hutan tahun lalu telah mengorbankan 91,600 rakyat Indonesia, manakala 6,500 lagi di Malaysia dan Singapura (2,200 kematian).

 

 
Anggaran tersebut jauh lebih tinggi berbanding jumlah rasmi sebanyak 19 kematian yang diumumkan oleh pihak berkuasa Indonesia sebelum ini.

 

 
“Memandangkan keadaan jerebu yang teruk di Asia Tenggara pada tahun 2015, 100,000 kematian pramatang di rantau itu tidak begitu mengejutkan,” kata Loretta Mickley, seorang penyelidik kanan di Universiti itu.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.