Hadi Cemburu Pada AMANAH – Salahuddin Ayub

KUALA LUMPUR – Kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu akan ‘melutut’ kepadanya suatu hari nanti di sifatkan sebagai cemburu oleh Parti Amanah Negara (AMANAH).

 

Menurut Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub, Hadi mencemburui kejayaan yang di kecapi oleh parti itu dalam tempoh masa yang singkat.

 

“Bagi saya ucapan itu lahir daripada perasaan cemburu melihat kejayaan AMANAH dalam tempoh yang singkat telah berjaya membuktikan bahawa dia bukan parti seperti HAMIM dan BERJASA.

 

“Jadi harapan (Hadi) untuk lihat AMANAH ini parti kecil yang umurnya tak panjang dan akan mati macam (parti) HAMIM dan BERJASA itu tidak kesampaian.

 

“Sebaliknya AMANAH hari ini dapat sambutan yang baik daripada masyarakat,” katanya kepada Malaysiakini.

 

Presiden PAS itu telah mengeluarkan kenyataan tersebut semalam di Program Munajat Perdana ‘Rakyat Kelantan Menyokong Rang Undang-Undang Akta 355’ di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kelantan.

 

Dakwa hadi, parti-parti yang bersekongkol dengan AMANAH dilihat terpaksa bergantung kepada PAS untuk meriah sokongan.

 

Lantaran itu, hadi menyifatkan dakwaan ribuan ahli PAS kelantan menyertai AMANAH sebagai ‘cakap kosong’.

 

Dalam pada itu, Salahuddin menbidas kenyataan hadi berkenaan isu ‘melutut’ itu dengan berkata bahawa sekiranya wujud isu ‘melutut, AMANAH tidak akan di tubuhkan.

 

“Kalau isu melutut saya dan kawan-kawan tak akan tubuhkan AMANAH.

 

“Kalau nak melutut duduk dalam PAS sajalah. Jangan cakap apa-apa. Jangan buat apa-apa. Duduk diam sahaja,” ujarnya.

 
Terdahulu, kepimpinan AMANAH mendakwa menerima lebih 1 500 ahli baru dari negeri tersebut.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.