Cadangan #Bajet2017 Dilanjutkan Sehingga Esok – Najib

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia yang ingin berkongsi idea atau mempunyai cadangan untuk dipertimbangkan dalam Bajet 2017 masih berpeluang berbuat demikian sehingga Rabu ini.

 

Lanjutan tarikh mengemukakan cadangan Bajet 2017 itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam catatan di laman Twitter dan Facebook beliau semalam.

 

“Sepanjang kempen cadangan #Bajet2017 yang berlangsung, banyak idea baik yang telah disampaikan. Saya percaya masih ada ramai yang tidak berkesempatan dan ingin kemukakan idea kepada kerajaan.

 

“Oleh itu, tempoh buka cadangan buat #Bajet2017 dilanjutkan sehingga 21 Sept. Jangan lepaskan peluang ini, teruskan beri cadangan anda di bajet2017.najibrazak.com,” katanya.

 

Tempoh asal untuk kemukakan cadangan tersebut bermula 5 September lepas dan sepatutnya berakhir semalam (19 September).

 

Sehingga kini pelbagai idea dan cadangan telah disumbangkan orang ramai merangkumi topik kos sara hidup, perkhidmatan, penjagaan kesihatan, perumahan dan kehidupan bandar, pengangkutan dan infrastruktur, pembangunan ekonomi dan pendidikan.

 

Bajet 2017 dijadualkan pembentangannya di Parlimen pada 21 Oktober ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.