Video: Bekas Ketua Menteri Melaka Didenda RM1,900

SHAH ALAM – Gara-gara penyalahgunaan aplikasi Facebook dengan memuatnaik komen yang berbaur negatif dan niat untuk menyakitkan hati orang lain, Bekas Ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik telah didenda sebanyak RM1900 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam.

 

Beliau telah diperintahkan untuk menjalani hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda terebut oleh Hakim, Slamat Yahya.

 

Dalam pada itu, mahkamah turut menegur sikap Abdul Rahim yang dilihat tidak menghormati dan memelihara institusi Di Raja yang dilindungi di bawah Perlembagaan Persekutuan.

 

Dalam pembicaraan kes ini, Abdul Rahim mengaku bersalah menggunakan kemudahan Aplikasi Facebook secara sedar dengan memuatnaik komen yang jelek dengan niat menyakitkan hati orang lain.

 

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Istana Mestika Jalam Permata 7/1, Seksyen 7, dekat sini jam 9 pagi pada 25 September 2015.

 

Pendakwaan dikendalikan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

 

Terdahulu, Abdul rahim telah membuat pernyataan maaf di atas tindakannya itu secara terbuka kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berhubung komen yang dimuatnaik di Facebook.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.