Atikah Nafi Gambar Bogel

PETALING JAYA – Aktres kelahiran Singapura, Atikah Suhaime, 25, menafikan pembabitan dirinya dalam sekeping gambar bogel yang menjadi viral di media sosial baru-baru ini.

Pelakon itu turut mengakui bahawa tidak tahu kewujudan gambarnya yang dikaitkanbersama seorang pelakon lelaki, Idris Khan.

 
“Apa yang boleh saya katakan, wanita dalam gambar itu bukan saya. Biarlah pihak pengurusan menyiasat akan hal ini.

 
“Saya pun tidak pernah melihat gambar itu, cuma ibu saya sahaja yang tengok. Ibu hanya menasihati supaya saya bersabar dengan dakwaan itu,” katanya memetik laporan Utusan.

 
Terdahulu, satu daripada tiga keping gambar yang memperlihatkan seorang lelaki dan seorang wanita mirip kedua-dua pelakon itu sedang bermesraan dalam keadaan bogel di atas sebuah katil mula menjadi bualan ramai setelah disebarkan minggu lalu.

 
Gambar tersebut juga dipercayai mempunyai kaitan dengan klip aksi lucah mereka berdua bersama seorang lagi pelakon, Ammar Alfian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.