Akhirnya Anuar Zain Buka Akaun Instagram

KUALA LUMPUR – Akhirnya penyanyi Anuar Zain, 46, memiliki akaun Instagram yang didaftar di bawah nama pengguna @anuarzainnetwork.

 
Baharu sahaja melancarkan album yang berjudul Anuar Zain, menjelaskan, laman sosial tersebut bukanlah untuk kegunaan peribadi.

 
“Akaun ini diwujudkan menggunakan nama syarikat saya. Jadi ia bertujuan untuk mempromosikan sebarang bentuk perniagaan yang dijalankan termasuklah kerjaya seni saya.

 
“Saya baru sahaja membukanya sejak 7 September lalu. Akan tetapi tidak disangka-sangka, respons pengikut sangat positif berdasarkan komen-komen yang ditinggalkan,” katanya lapor Utusan.

 
Tambahnya, selain memaparkan gambar-gambar yang  mempromosikan produknya, dia turut memuat naik aktivitinya di sebalik pembikinan sesebuah lagu yang dihasilkan.

 
Menurut Anuar, peminat berpeluang untuk melihat suasana di studio tatkala proses rakaman lagu diadakan atau senario belakang pentas sebelum mengadakan persembahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.