‘Pak Long Mail Sangat Berkredibiliti Dilantik Sebagai PM’ kata Ahli MKT UMNO

- Advertisement -

KUALA LIPIS: Sokongan kesemua ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO termasuk Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menyokong Naib Presiden UMNO merangkap Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri ke-9 amatlah bertepatan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad  berkata, Naib Presiden UMNO itu mempunyai berkeperibadian tinggi, dan sangat berkredibiliti.

“Alhamdulillah UMNO yang dipimpin oleh Presidennya, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, mencapai kata sepakat untuk menyokong YB Dato’ Sri Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri ke-9. Ahli Parlimen Bera inilah pemimpin UMNO yang memenuhi semua kriteria untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

“Saya bersyukur, berpeluang berkhidmat bersama beliau apabila turut menjadi ahli kabinet dalam kerajaan yang lepas dan juga berjuang bersama sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia. Banyak episod suka duka dan cabaran yang dilalui bersama.
Sertai politik lebih 35 tahun, susuk ini bukanlah asing bagi saya dan ahli UMNO, yang mana pernah satu ketika dahulu dilihat antara pemimpin muda yang bakal memimpin negara satu ketika nanti.” kata beliau.

Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Lipis menambah, Ismail Sabri seorang anak kampung dari Bera, dan sangat menjiwai masyarakat luar bandar.

“ketika YB Dato’ Sri Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia, beliau mengemudi Kementerian Luar bandar dan pencapaian beliau di kementerian itu adalah sesuatu yang perlu diiktiraf.

“Ketika Dato’ Sri Ismail Sabri dilantik sebagai Menteri Kanan, beliau diberikan peranan sebagai Menteri Penyelaras Covid-19 serta menjadi jurucakap kerajaan.” jelasnya lagi.

Ujar Abdul Rahman, nama Ismail Sabri mula melonjak dan diberikan tumpuan oleh rakyat. Beliau cukup matang bertindak dalam menghadapi krisis. Tidak ada rakyat tidak mengenalinya sehingga dikenali dengan jolokan Pak Long Mail, malah kanak-kanak turut mengenalinya sebagai Atok Mail. Begitu hebat sekali seorang pemimpin yang berjiwa rakyat sehingga dapat dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia

“Berpengalaman luas sebagai anggota kabinet apabila berkali-kali dilantik sebagai menteri. Menjadi Menteri Belia dan Sukan pada tahun 2008, kemudian pada tahun 2009 dilantik sebagai Menteri KPDNHEP, pada tahun 2013 sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, kemudian pada tahun 2015 sebagai Menteri di KKLW.

“Dalam Kerajaan Perikatan Nasional, beliau salah seorang menteri yang mewakili UMNO, rakyat dapat melihat betapa jauh jurang perbezaan kualiti dan krebiliti seorang menteri parti ini dengan menteri daripada kerajaan sebelumnya.

“YB Dato’ Sri Ismail Sabri berjaya merakyatkan kepimpinan beliau, berkeperibadian tinggi, dan sangat berkredibiliti.

“Terima kasih Pak Long Mail kerana cemerlang dalam pentadbiran yang lepas dan secara tidak langsung rakyat turut merindui zaman pemerintahan UMNO/BN dan serba sedikit telah mengembalikan kepercayaan rakyat kepada parti keramat ini.” katanya. –SuaraTV

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat