‘Kepada Allah kita berserah’ – Ismail Sabri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Di saat namanya disebut-sebut sebagai bakal Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri menyerahkan ketentuan takdirnya kepada Allah.

“Kepada Allah kita berserah,” demikian ucapan ringkas beliau di Facebooknya pada Jumaat.

Hantaran terkini di Facebook bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkemungkinan berkaitan calon Perdana Menteri yang dijangka diumumkan hari ini seusai Mesyuarat Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara.

Ahli Parlimen Bera itu turut memuat naik gambar beliau di dalam bas ketika menuju ke Istana Negara bagi mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, semalam.

Nama Ismail Sabri kini meniti di bibir rakyat dan pemerhati politik tanah air sebagai calon yang bakal diangkat menjadi Perdana Menteri kesembilan.

Keputusan kini terletak pada Al-Sultan Abdullah selepas Baginda menerima sembah maklum nama yang dipilih oleh Ahli Dewan Rakyat untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

Ismail Sabri dikatakan sudah memiliki 114 sokongan Ahli Parlimen Umno dan Barisan Nasional (BN) selain disokong Perikatan Nasional (PN).

Hari ini Mesyuarat Majlis Raja-Raja berlangsung di Istana Negara bagi perbincangan lanjut antara Al-Sultan Abdullah dan Raja-Raja Melayu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat