‘Jika Ada Sokongan 114 Ahli Parlimen, Ismail Sabri Perlu Dilantik PM’ : Aziz Bari

- Advertisement -

IPOH: Pakar Perlembagaan, Dr. Abdul Aziz Bari menegaskan, perlantikan Ahli Parlimen Bera, Datuk Ismail Sabri harus dilantik  sebagai Perdana Menteri jika mempunyai sokongan seramai 114 ahli Parlimen.

Memetik Utusan Online, Aziz Bari berkata, jika jelas tiada paksaan dalam kalangan ahli Parlimen yang menyokong Ismail Sabri, proses pelantikan sebagai Perdana Menteri perlu dibuat.

“Pada saya, kalau benar Ismail Sabri ada 114 (sokongan ahli Parlimen), maka beliau harus dilantik Perdana Menteri.

“Maknanya kalau jelas tiada paksaan dan memang ahli Parlimen memilih secara sukarela, maka proses pelantikan perlu dibuat. Itu peruntukan Perlembagaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Abdul Aziz yang juga Ketua Pembangkang Perak berkata, menafikan pelantikan Ismail Sabri ketika Ahli Parlimen Bera itu sudah mempunyai cukup sokongan adalah berbahaya.

Katanya, jika dinafikan ia juga boleh menjejaskan imej monarki sekiranya ia terlibat.

“Apa pun Ismail Sabri perlu ke Parlimen untuk menghadapi usul percaya. Itu jalan yang betul dan perlu diteruskan.

“Kedaulatan undang-udang dan keluhuran Perlembagaan merupakan perkara yang penting,” katanya.

Setakat ini, difahamkan Ismail Sabri satu-satunya ahli Dewan Rakyat yang mendapat sokongan 114 ahli Parlimen yang membabitkan blok Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN).

Perkembangan itu sekali gus mengesahkan desas-desus Ismail Sabri bakal dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat