‘Demi Allah tiada pembalakan di Gunung Jerai’ : MB Kedah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor hari ini bersumpah ‘demi Allah’ bagi menafikan tiada aktiviti pembalakan di kawasan Hutan Simpan Gunung Jerai yang dikaitkan menjadi punca tragedi kepala air di gunung tersebut pada Rabu lalu.

Beliau berkata, punca sebenar kejadian kepala air terburuk itu tersebut disebabkan kadar taburan hujan lebat luar biasa di kawasan puncak gunung yang menyamai 10 peratus kadar hujan di negeri ini.

“(Aktiviti) pembalakan (di Gunung Jerai) Wallahi tidak ada. Tak kan (saya) kena sumpah kot,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir tersebut di Taman Lembah Merbok, Tupah pada Jumaat.

Memetik Utusan Malaysia, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) mengesahkan berlaku taburan hujan luar biasa dalam tempoh singkat di sekitar kawasan puncak Gunung Jerai, Yan dekat sini, Rabu lalu.

Pengesahan itu berdasarkan laporan kaji cuaca yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) yang mendapati terdapat hujan lebat luar biasa bermula kira-kira pukul 2.30 petang.

Ketua Setiausaha KASA, Datuk Seri Zainal Ujang berkata, kejadian hujan ekstrem itu menyebabkan fenomena kepala air di kawasan Gunung Jerai dan banjir lumpur sehingga kedalaman 0.1 hingga 0.3 meter di daerah Kuala Muda dan 0.2 meter hingga 1.5 meter di daerah Yan.

Muhammad Sanusi berharap penjelasan KASA tersebut dapat diterima semua pihak, malah penduduk di sini juga mengetahui tiada aktiviti pembalakan di kawasan Gunung Jerai.

“Ini kerana banyak dakwaan ‘ahli sains’, ‘kaji bumi’ dan ‘geologi’ berlegar di Facebook sekarang,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau juga menolak dakwaan operasi kuari bijih besi dan kuari di Tupah dan Singkir, Yan turut menyumbang bencana banjir.

“Ia (operasi kuari bijih besi dan kuari) tidak mempunyai kaitan kerana lokasi kuari terletak di kaki gunung manakala kepala air turun dari Gunung Jerai.

“Jika sebab kuari, kenapa kawasan lain iaitu seperti di Perigi, Yan juga terkesan akibat kejadian tersebut,” tambahnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat