Dr Zakir Naik Dilarang Berceramah Di Seluruh Malaysia – Polis

KUALA LUMPUR- Polis melarang penceramah bebas, Dr. Zakir Naik menyampaikan ceramah umum di semua negeri di Malaysia.

Menurut Ketua Komunikasi Korporat, Polis Diraja Malaysia, Datuk Asmawati Ahmad, larangan tersebut dibuat atas sebab keselamatan negara dan bagi mengekalkan keharmonian kaum di negara ini.

Ketika dihubungi The Star, Asmawati berkata, semua kontinjen polis telah dimaklumkan mengenai arahan terbaharu itu.

Zakir sebelum ini telah diharamkan di Melaka, Johor, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Sarawak susulan daripada kenyataan berbaur perkauman yang dibuat olehnya ketika berceramah di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.

Penceramah berasal dari India yang memegang status Penduduk Tetap Malaysia itu turut disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana sengaja mengaibkan dengan tujuan untuk melakukan provokasi dan memecahkan keamanan. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.