PM Ucap Tahniah Kejayaan Sultan Mizan Raih Emas, Pecah Rekod Sukan SEA

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri mengucap tahniah kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin yang berjaya merangkul pingat emas dan mencipta rekod baharu melalui acara sukan kuda lasak dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

“Patik dan seluruh rakyat Malaysia merafak sembah tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Mizan yang mencatat sejarah sebagai Sultan pertama meraih pingat emas Sukan SEA.

“Saat membanggakan untuk semua rakyat Malaysia!” kata Datuk Seri Najib Razak melalui Twitter.

Sultan Mizan membolot dua emas bagi sukan ekuestrian menerusi acara endurance berpasukan dan individu.

Baginda memenangi emas acara berpasukan bersama rakan sepasukan iaitu Mohd Faris Syafiq dan Mohammad Fuad Hashim. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.