Warga Somalia Maut Jatuh Bangunan

Kuala Lumpur – Seorang lelaki warga Somalia maut selepas dipercayai terjun bangunan di Villa Putra Condo, Jalan Tun Ismail, lewat petang semalam.

 

Dalam kejadian kira- kira jam 4.55 petang itu, mayat mangsa ditemui pengawal keselamatan yang sedang bertugas.

 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, mangsa yang berusia 44 tahun dipercayai terjun dari tingkat tujuh dari balkoni kondominium yang didiaminya.

 

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa pernah mendapatkan rawatan sakit mental di Hospital Kuala Lumpur (HKL) hujung tahun lalu.

 

“Mangsa dikatakan berhenti mengambil ubat selepas bekalan yang diberikan doktor habis.

 

“Keterangan daripada saksi mendapati mangsa dikatakan terkena sihir dan buatan orang sehingga dimasukkan ke HKL,” katanya.

 

Zainol berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah di kepala dan patah anggota badan.

 

Mayat mangsa dihantar ke HKL untuk bedah siasat.

 

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.