Wanita Maut Dipercayai Bakar Diri

Kuala Langat – Seorang wanita maut, selepas dipercayai membakar dirinya di hadapan rumahnya, di Taman Sri Jarom, Sungai Jarom, tengah malam tadi.

 

Dalam kejadian kira-kira jam 12.10 tengah malam itu, jiran menemui mangsa dengan seluruh badannya dijilat api.

 

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Supt Zailan Tasir berkata, jiran mangsa yang sangka berlaku kebakaran di rumah mangsa, segera memadamkan api di tubuh mangsa.

 

Menurutnya, siasatan awal mendapati, mangsa tidak bekerja dan tinggal seorang diri ketika kejadian.

 

“Polis masih menyiasat punca kejadian dan kemungkinan mangsa mempunyai masalah keluarga.

 

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah dikenal pasti,” katanya.

 

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk bedah siasat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.