Video: Siasat Kaitan Dr Mahathir Dengan Sarawak Report – PCM

Kuala Lumpur – Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan menggesa pihak polis segera melakukan siasatan terhadap dakwaan yang dikeluarkan oleh sebuah blog berhubung penglibatan mantan perdana  menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa individu lain yang dikatakan terlibat dalam komplot menjatuhkan negara.

 

Huan ketika ditemui pemberita sejurus selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, berkata dakwaan yang dikeluarkan oleh blog tersebut amat serius.

 

 

“Dakwaan dalam blog ini amat serius kerana selain Tun Dr Mahathir turut menamakan beberapa nama dari pihak pembangkang seperti Tony Pua, Nurul Izzah dan Anwar Ibrahim yang berkonspirasi dengan pihak luar Clare Brown.

 

“Komplot tersebut antara lainnya menyebut percubaan untuk memalsukan pertuduhan ke atas Perdana Menteri yang dilantik secara demokratik” katanya merujuk kepada artikel yang dimuatnaik di blog www.malaysiaopinion.com.

 

Huan turut meminta pihak polis mengunakan semua bidang kuasa yang ada untuk menyiasat kebenaraan yang terdapat di dalam blog tersebut.

 

“Saya berharap pihak polis akan mengambil tindakan yang sewajarnya, siapakah yang terlibat dalam dakwaan tersebut dan mencari penulis blog ini dan bagaimana dia boleh menerima maklumat sebegini.

 

“Saya meminta pihak polis mengunakan apa jua kaedah yang boleh dipakai untuk menyiasat perkara ini kerana ia sangat serius” katanya lagi.

 

Blog tersebut melalui artikel “Is Dr Mahathir the lead character in Malaysian House of Cards?” antara lainnya mendakwa konspirasi tersebut turut merancang untuk memanipulasi institusi kehakiman Malaysia, memalsukan dokumen, memanipulasi pasaran kewangan negara. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.