Video: Rakaman Askar Melayu ‘Makan’ Katak

Kuala Lumpur – Pernahkah anda terfikir untuk makan katak? Apa pula hukumnya makan katak?

 

Selepas video ini menjadi viral di laman sosial ‘Facebook’, ramai yang meninggalkan komen pernah ‘menikmati’ hidangan katak bakar ini.

 

Tak kurang jugak memberi pendapat masing- masing mengenai hukum memakan daging katak ini.

 

 

Ada yang positif dan ada juga memandang isu ini sebagai sensitif. Tak kurang juga memberikan komen-komen negatif mengatakan binatang tersebut dua alam dan sesiapa yang memakannya akan dianugerahkan anak ‘pondan’ atau ‘tomboy’.

 

Berdasarkan rakaman berdurasi 1:54 saat itu, seorang lelaki yang berpakaian tentera itu dilihat sedang membersihkan seekor katak yang telah disiang sebelum memanggangnya.

 

Manakala seorang lelaki lain lain kedengaran memberikan arahan kepada askar tersebut untuk membersihkan katak tersebut.

 

Sumber SuaraTV berkata rakaman tersebut merupakan sebahagian daripada latihan kepada para tentera sebagai persediaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan ketika berada di dalam hutan.

 

“Orang awam tidak akan faham, kerana perkara seperti ini adalah biasa di dalam tentera, mereka perlu dilatih dan bertindak mengikut keadaan yang dihadapi” uajr salah seorang pengguna Facebook melalaui laman media sosial itu.

 

Tidak dapat dipastikan sama ada hidangan ‘eksotik’ itu benar-benar dijamah oleh askar terbabit atau tidak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.