Video: Polis Buru Suspek Conteng Dinding

Georgetown – Meskipun dianggap antara kawasan tarikan pelancong namun beberapa arca serta lukisan mural di George Town, Pulau Pinang disimbah cat kuning.

 

Turut dirosakkan, pintu kedai dan tiga buah kenderaan.

 

 

Antara yang menjadi sasaran perbuatan vandalisme ini, arca dan mural di Lebuh Armenian dan Lebuh Acheh.

 

Di beberapa arca juga tertera perkataan 4.0.

 

Di sebuah pintu kedai dan tiga buah kenderaan milik orang awam juga disembur cat dengan tulisan #4.0

 

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Farid Alathrash Wahid berkata, hasil rakaman CCTV menunjukkan dua lelaki menaiki kereta ke tempat berkenaan dan seorang daripadanya menyembur cat, kira-kira jam 3 awal pagi tadi.

 

Katanya, polis masih menjejaki suspek terbabit dan yakin akan dapat mencekup mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.