Video: Penganjur Bersih 4.0 Bermandi ‘Darah’

Kuala Lumpur – Gabungan NGO-NGO Melayu Selangor hari ini mempersoalkan tindakan penganjur Bersih 4.0, Maria Chin Abdullah yang didakwa memperuntukkan sehingga RM30 juta untuk “mengupah” peserta untuk menyertai perhimpunan aman itu pada 29 dan 30 Ogos ini.

 

Pengerusinya, Datuk Jamal Md Yunos mendakwa setiap peserta didakwa dibayar RM300 dengan bayaran pendahuluan sebanyak RM100 manakala bakinya akan dibayar semasa perhimpunan termasuk kos pengangkutan.

 

 

“Kalau penganjur Bersih 4.0 mahu mengumpulkan 100,000 peserta, bermakna dia akan belanjakan lebih RM30 juta. Adakah duit ini sebahagian daripada dana rizab kerajaan negeri Selangor lebih RM7 bilion yang didakwa hilang itu?

 

“Kalau benar mereka peruntukkan RM30 juta, jika bukan sumbangan haram, daripada mana dia dapat dana itu? Beritahu rakyat dari mana dana dia dapat,” katanya kepada pemberita selepas berhimpun bersama lebih 50 ahli Gabungan NGO itu di Jalan Masjid India, di sini, hari ini.

 

Mengulas lanjut, Jamal turut mendakwa beberapa NGO beliau turut menerima “upah” tersebut dan sehingga kini seramai 37 individu mendakwa telah dibayar RM100 untuk menyertai perhimpunan aman itu.

 

“Sejak semalam ke hari ini, saya didatangi seramai 37 orang yang mana mereka mengakui menerima wang deposit sebanyak RM100.

 

“Saya akan kumpul segala bukti dan akan membuat laporan polis dalam masa terdekat,” katanya lagi.

 

 

Sekumpulan aktivis hari ini mengadakan himpunan bagi membantah penganjuran himpunan BERSIH 4 yang akan diadakan pada 29 dan 30 Ogos ini.

 

Sebagai simbolik peserta himpunan itu menyimbah cecair yang berwarna merah keatas gambar Maria sebagai simbolik memprotes tindakannya.

 

Jamal turut menegaskan untuk mengadakan himpunan di hadapan rumah Maria sekiranya pihak pengajur berkeras untuk meneruskan himpunan pada hujung bulan ini.

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.