Video: Pemuda Positif Dadah, Merayu Sebelum Cuba Larikan Diri

Shah Alam – Seorang bekas pelajar kolej swasta cuba melarikan diri ketika ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan dalam satu sekatan jalan raya  untuk pemeriksaan air kencing di sini malam tadi.

 

Pemuda berusia 23 tahun ini yang menunggang motosikal dipercayai sedang khayal kerana baru lepas menghisap dadah jenis morphin.

 

 

Ketika ditahan, dia cuba menafikan terlibat dalam pengambilan dadah cuba memberikan pelbagai alasan dan merayu untuk dibebaskan.

 

Namun apabila permintaan itu tidak diendahkan dia cuba melarikan diri sebelum ditangkap semula oleh anggota penguatkuasa yang bertugas.

 

Namun setelah selepas saringan ujian air kencing dijalankan, dia didapati positif dadah jenis morphin.

 

Pemuda berkenaan ditahan bersama empat lagi individu yang juga positif dadah jenis ganja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.