Video: Lelaki Mulut Celupar Ditumbuk, Viral Di Media Sosial

Kuala Lumpur – Kerana mulut badan binasa perumpamaan tepat kepada seorang lelaki yang ditumbuk kerana mulutnya yang celupar.

 

Insiden lelaki mulut celupar itu ditumbuk seorang lelaki lain di sebuah restoran makanan segera di Singapura kini menjadi viral di media sosial.

 

Rakaman video selama 1.25 minit itu menunjukkan seorang lelaki berseluar pendek berbaju putih menengking dan membebel seorang wanita yang sedang membuat tempahan makanan di kaunter restoran makanan segera.

 

 

Lelaki itu dipercayai tidak puas hati dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada wanita yang pada awalnya ditemani seorang lelaki berbadan berbadan besar.

 

Selepas beberapa saat, lelaki berbadan sasa itu yang meninggalkan wanita itu pada awalnya, datang kepada lelaki berkenaan dan terus menumbuknya bertalu-talu.

 

Video itu telah ditonton oleh lebih 370,000 penonton dan dikongsi lebih 20,000 pengguna.

 

Pengguna sosial tidak menyalahkan tindakan keras lelaki berbadan besar itu melihatkan sikap lelaki yang ditumbuk itu yang tidak henti-henti membebel malah masih cakap besar selepas dibelasah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.