Saari Sungib Enggan Keluar PAS Sehingga GHB Didaftarkan

Kuala Lumpur – ADUN Hulu Kelang Saari Sungib memberitahu, beliau tidak akan keluar daripada PAS sehingga Gerakan Harapan Baru (GHB) didaftar sebagai sebuah parti politik hujung Ogos ini.

 

Jelasnya keahlian beliau dalam PAS akan gugur secara automatik dan selepas itu memegang status sebagai ADUN Bebas.

 

Katanya lagi, pendirian beliau berbeza dengan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Mariah Mahmud yang sudah meletakkan jawatan dalam parti bagi menyertai GHB.

 

“Bila masuk parti baru akan gugur secara automatik, tamat keahlian PAS.

 

“Sekarang ini saya masih ADUN PAS, kalau saya buat keputusan dan tinggalkan PAS, saya akan jadi ADUN Bebaslah,” katanya di lobi DUN Selangor.

 

Saari antara dua ADUN yang dikatakan akan meletak jawatan diikuti Hasnul Baharuddin (Morib).

 

Beliau sebelum ini digantung selama setahun kerana menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, sebagai calon Menteri Besar Selangor.

 

Sehingga kini lebih 450 ahli PAS sudah meletakkan jawatan masing-masing di peringkat Pusat, Bahagian dan cawangan antaranya melibatkan Parlimen Kota Raja, PAS Shah Alam, Kapar dan Klang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.