Penyokong JDT Buat Kecoh Selepas Menang 4-1 Ke Atas Perak

JOHOR BAHRU – Keputusan perlawanan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menewaskan Perak dengan 4-1 mengakibatkan kekecohan berlaku di Stadium Larkin.

 

Kekecohan tersebut berikutan seorang lelaki melepaskan tembakan suar semasa penonton bersurai keluar dari stadium selepas perlawanan Liga Super pada Rabu malam.

 

Polis dengan segera menahan penyokong berkenaan namun sebaliknya orang ramai mula menjerit kepada pasukan berkuasa itu.

 

Para penyokong diarahkan bersurai serta-merta namun arahan itu tidak diendahkan.

 

Sebahagian penonton mula membaling botor air malah batu kepada pihak polis.

 

Difahamkan seorang anggota polis cedera dalam insiden tersebut.

 

Situasi berkenaan kemudiannya terkawal selepas itu.

 

Kemenangan JDT pada Rabu membolehkan skuad Harimau Selatan memintas kedudukan Pahang di tangga teratas liga dengan kelebihan dua mata dengan kutipan 46 mata selepas 21 perlawanan. – Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.