Pelajar Malaysia Juara Pertandingan Microsoft Office Antarabangsa

Kuala Lumpur – Admon Lee Wen Xuan, pelajar berusia 16 tahun yang berasal dari Malaysia dinobatkan sebagai Juara Dunia Microsoft Office Specialist 2015 apabila mengalahkan peserta dari lebih 45 negara yang bertanding.

 

Memetik laporan Bernama, Microsoft Office Specialist World Championship (MOSWC) memasuki tahun yang ke-14 pada tahun ini dan berjaya menarik penyertaan seramai 600,000 calon yang berusia 13 hingga 22 tahun dari seluruh dunia.

 

Difahamkan, Admon ditaja oleh Litespeed Education Programmes Sdn Bhd dan bersaing dengan seramai 145 finalis dari 47 negara pada pusingan akhir.

 

Dalam pertandingan tersebut, semua peserta diberi 50 minit untuk menyiapkan tugasan menggunakan komputer Dell yang disediakan dan Admon pula diberi tugasan mencipta semula persembahan mengikut format yang telah ditetapkan penganjur.

 

“Hanya bunyi taip yang didengar dalam bilik itu semasa pertandingan dijalankan. Suasana ketika itu amat senyap,” katanya kepada FastCompany.

 

Sebagai juara pertandingan tersebut, Admon menerima biasiswa bernilai AS$5,000 (RM20,496) manakala naib juara meraih AS$2,500 (RM10,248) dan tempat ketiga, AS$1,000 (RM4,099).

 

Tempat kedua diduduki peserta Kemboja manakala tempat ketiga dimenangi peserta Vietnam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.