Mesyuarat MT UMNO Bulan Depan

Kuala Lumpur – Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO akan diadakan pada 9 September depan.

 

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, tarikh itu dipilih selepas semua UMNO bahagian selesai bermesyuarat.

 

“Sepatutnya habis pada tanggal 31 Ogos, tapi ada bahagian yang minta tangguh sampai 6 September. Kita kena habiskan mesyuarat UMNO bahagian baru kita boleh ada mesyuarat MT,” katanya.

 

Sewaktu ditemui pemberita di Majlis Perasmian Taman Penajaan Taman Angkat DBKL, di Jalan Ipoh, beliau memaklumkan, sebelum ini pihaknya menetapkan mesyuarat MT UMNO dibuat pada 28 Ogos, bagaimanapun ia terpaksa ditangguhkan kerana masih banyak UMNO bahagian yang masih belum habis bermesyuarat.

 

Mesyuarat MT UMNO yang sepatutnya berlangsung pada 29 Julai lalu, terpaksa dibatalkan pada saat akhir.

 

Ia dikaitkan dengan penyingkiran Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Sahfie Apdal daripada jawatan dalam kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.