Lelaki Kecewa, Ibu Mentua Di Maki Kerana Sebiji Buah Strawberi

Kuala Lumpur – Seorang pengguna laman sosial ‘facebook’ telah memuat naik statusnya dimaki kerana sebiji Strawberi sekali gus status itu menjadi viral.

 

Dia yang menggunakan nama Abd Halim melalui laman itu meminta orang ramai tidak pergi ke tapak pasar malam Brinchang, Cameron Highland, bimbang perkara sama akan berulang.

 

Menurutnya melalui statusnya itu, ibu mertuanya hanya merasa sebiji strawberi dan ketika dia berbincang untuk beli atau tidak, peniaga cina itu mula memaki-maki dalam bahasa Cina.

 

Abd Halim menyindir kepada peniaga cina itu, kerana sebiji strawberi peniaga itu sanggup memaki keluarganya. Abd Halim bertanya berapa harga sebiji strawberi itu dan peniaga tersebut menjawab RM2. Abd Halim yang fasih berbahasa Cina itu memberitahu yang dia tahu apa yang dimaki oleh peniaga tersebut dan memintanya untuk tidak memaki kerana dia faham bahasa Cina.

 

Bagaimanapun peniaga tersebut menyelarnya dan memberitahu bahawa disini kejadian maki memaki adalah perkara biasa yang berlaku di kawasan itu. Setelah itu, peniaga tersebut tetap memaki, walaupun harga sebiji strawberi itu sudah dibayar.

 

Kesimpulannya, Abd Halim meminta orang ramai supaya berhati-hati dan tidak lagi membeli di kedai Cina berkenaan.

 

Abd Halim yang turut memuat naik dua gambar peniaga dan kedai tersebut.

 

Dia turut memuat naik komennya yang berbunyi “Saya dah kena. ..harap org lain tak kena macam keluarga kami kena. Sebenarnya ramai yang tak tahu termasuk saya adanya tempat orang kita niaga di Tanah Rata. Lebih baik kita beli dengan orang kita,”katanya menerusi komen di status tersebut.

One thought on “Lelaki Kecewa, Ibu Mentua Di Maki Kerana Sebiji Buah Strawberi

  • December 2, 2018 at 8:22 pm
    Permalink

    Benar dn betul..hati2 baik beli dari bangsa agama kita sbb mereka kurang ajar tk sedar diri…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.