Lapan Tentera Turki Maut Dalam Serangan Bom PKK

Istanbul – Lapan askar Turki terbunuh dalam serangan bom ke atas kenderaan mereka di wilayah Siirt di tenggara negara itu, menurut agensi berita rasmi Anatolia.

 

Parti Pekerja Kurdistan (PKK) didakwa bertanggungjawab melancarkan serangan itu.

 

Serangan itu adalah yang terburuk sejak kerajaan Turki melancarkan kempen “anti-keganasan” terhadap militan Kurdis bulan lalu. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.