Ku Nan Izin Peserta Demonstrasi Berbogel

Kuala Lumpur – Kerajaan menegaskan tidak akan membenarkan peserta demonstrasi Bersih 4.0 pada 29 dan 30 Ogos ini dibuat di tengah Bandaraya Kuala Lumpur.

 

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menjelaskan larangan itu dibuat kerana ia diadakan di kawasan awam dan terbuka.

 

Sebagai alternatif, beliau mengesyorkan kepada penganjur supaya memindahkan lokasi mereka ke Shah Alam dan dibuat di dalam Stadium Malawati.

 

“Mereka bebas untuk menjerit, berbogel di Stadium Melawati,” katanya.

 

Mengulas alasan larangan menggunakan kawasan awam dan terbuka di tengah bandaraya, beliau berkata, ia tidak sesuai kerana beberapa faktor.

 

“Kita tetap kata tidak, kerana Dataran Merdeka mempunyai nilai sejarah tersendiri, dan lokasi itu akan digunakan untuk sambutan Hari Kebangsaan.

 

“Padang Merbok pula akan digunakan sebagai tempat logistik untuk sambutan Hari Kemerdekaan,” katanya sewaktu ditemui pemberita di Taman Penajaan Taman Angkat DBKL di Jalan Ipoh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.