Kerajaan Perlu Tangani Isu Kalimah Allah Pada Barangan

Kuala Lumpur – Masih ada lagi isu Kalimah Allah pada barangan yang dipijak setiap hari seperti selipar atau kasut. Malah, ada juga yang dicetak pada vape.

 

Terbaru, satu lagi jenis selipar jenama ‘Nike’ yang dijual tertera kalimah Allah secara terang terangan dan dikongsikan oleh seorang pengguna di laman sosial ‘Facebook’.

 

Perkara ini sekali lagi menjadi viral dan mendapat kritikan hebat dari pengguna. Rata-rata mahu memboikot dan menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

 

SuaraTV cuba menghubungi pengedar barangan Nike bagi mendapatkan maklumbalas berhubung isu tersebut, namun sehingga kini gagal mendapatkan sebarang maklumbalas.

 

Kebanyakan barangan tersebut dipercayai dikilang atau dibuat di luar negara terutamanya pengeluar dari negara China, Thailand atau Indonesia.

 

Malah, sejak lima tahun kebelakangan ini, penghinaan Kalimah Allah juga terdapat pada kasut, tali pinggang dan sebagainya.

 

Ini semua merupakan penghinaan kepada agama Islam dan umat Islam. Malah, tiada tindakan yang boleh dibuat untuk membasmi masalah kasut, selipar yang tertera logo kalimah Allah ini.

 

Seterusnya, apa tindakan yang mampu dibuat selain dari memboikot syarikat kasut tersebut dan menggesa kerajaan untuk ambil tindakan ke atas syarikat pengeluaran barangan seperti ini.

 

Sebelum ini, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor menjelaskan semua selipar dan kasut berjenama yang mengandungi lambang (logo) corak yang menyerupai kalimah adalah haram penggunaannya.

 

Oleh itu, semua umat Islam di negeri Johor dilarang membuat, menjual, membeli, mengguna, menyimpan, mengedar, memesan, mengimport, mengeksport, mempamer, mencetak semula, mengambil gambar, memberi hadiah dan menjadikan perhiasan.

 

Satu penyelarasan dan penguatkuasaan larangan perlu dilakukan oleh kerajaan supaya kegiatan ini dapat dibanteras sehingga ke akar umbi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.