Dua Suspek Pengeboman Bangkok Serah Diri

Bangkok – Dua lelaki yang dikenal pasti sebagai suspek dalam pengeboman di tengah Bangkok tampil menyerah diri kepada pihak polis, dengan menegaskan mereka adalah hanya pemandu pelancong, lapor pihak berkuasa tempatan.

 

Kedua-dua lelaki terbabit muncul dalam rakaman kamera keselamatan tidak lama sebelum letupan di Kuil Erawan itu pada Isnin yang lalu.

 

Pada hari kejadian, lelaki yang berbaju warna merah dan putih, bangun dari bangku sebelum suspek utama, yang memakai baju berwarna kuning, duduk dan meninggalkan begnya.

 

Serangan di kuil itu membunuh 20 orang dan mencederakan berpuluh-puluh yang lain.

 

Polis yang dipetik daripada laporan BBC melaporkan sedang menyoal siasat kedua-dua lelaki terbabit.

 

Mereka berkata, sekurang-kurangnya 10 orang disyaki terbabit dalam serangan itu, dengan suspek utama dipercayai merupakan warga asing.

 

Bagaimanapun, sebelum itu pada Khamis, jurucakap tentera, Kol Winthai Suvaree berkata kesimpulan awal mendapati adalah ‘tidak mungkin’ serangan itu dilakukan oleh kumpulan pengganas antarabangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.