Cristina Suzanne Tidak Terdesak Cari Teman Lelaki

Mengakui ada masanya dia berasa sunyi tanpa teman lelaki namun bagi pelakon cantik, Cristina Suzanne berkata dia lebih selesa dengan kehidupan solo selain memberi fokus kepada karier lakonannya yang semakin meningkat naik.

 

Walaupun sudah berusia 30 tahun, heroin filem KIL ini tidak tertekan untuk segera mencari pengganti.

 

“Tipulah kalau saya kata tidak sunyi tetapi buat masa ini saya memang tidak mencari pengganti kerana lebih selesa dengan kehidupan solo”

 

“Saya juga bertuah kerana sejak dulu saya memang seorang yang berdikari jadi tiada teman lelaki untuk bergantung bukan suatu masalah,” jelas Cristina Suzzane seperti yang dilaporkan mStar online.

 

Cristina Suzanne sebelum ini pernah bertunang dengan seorang ahli perniagaan pada Oktober 2013 namun ikatan tersebut putus sebulan sebelum perkahwinan berlangsung iaitu pada 22 Januari tahun lalu.

 

“Saya sasar untuk berkahwin sebelum usia mencapai 36 tahun tetapi ia hanya perancangan dan Allah akan menentukannya,” tambahnya lagi.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.