Bom Bangkok: Serah Diri Atau Dibunuh – Prayut

Bangkok – Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha memberi kata dua kepada pengebom dan penyerang yang melancarkan serang bom di Bangkok sama ada menyerah diri atau dibunuh.

 

Memetik laporan Bangkok Post, Prayut tidak menolak individu yang bertanggungjawab melancarkan serangan di Ratchaprasong dan Sathorn itu mungkin telah dibunuh oleh perancang.

 

“Mereka tahu pihak berkuasa sedang berusaha untuk menangkap pengebom dan (perancang) mungkin membunuh mereka untuk pastikan mereka lenyap.

 

“Saya ingin memberitahu dalang disebalik kejadian ini, jika mereka mahu selamat, mereka patut menyerah diri. Pihak berkuasa akan mengeluarkan penyelesaian perundangan bagi memberi jaminan keselamatan mereka (perancang),” kata Prayut.

 

Beliau mengulas kenyataan Ketua Polis Thailand, Somyot Punpunmuang yang kedua-dua letupan dilakukan oleh rangkaian yang sama

 

Prayut turut menggesa orang ramai untuk mencari serta memaklumkan kepada pihak berkuasa kerana beliau yakin orang awam lebih mudah membuat pengecaman berdasarkan gerak-geri dan berpakaian pelik seseorang.

 

Prayut tidak menolak kemungkinan pengeboman di Bangkok didalangi pengganas Islam Uighur.

 

Katanya, jika perkara tersebut benar, pihak Uighur sepatutnya bertanggungjawab pada masa ini.

 

Terdahulu, Polis Thailand telah mengeluarkan waran tangkap kepada individu yang dipercayai sebagai ‘lelaki asing’ bagi membantu siasatan berhubung insiden pengeboman tersebut.

 

Jurucakap Polis Thailand, Prawut Thawornsiri berkata waran tangkap tersebut dikeluarkan mahkamah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.