Tokoh Islam Al-Azhar, Bimbang Trend Guna Facebok Dan Google Dalami Ilmu Agama

Kuantan – Seorang tokoh terkemuka Islam hari ini melahirkan kebimbangan terhadap kecenderungan umat Islam terutama generasi muda mendalami agama melalui laman sosial seperti Facebook (FB) dan Google, berbanding menghadiri kelas agama sebenar.

Pensyarah Fakulti Usuluddin dan Dakwah, Universiti Al-Azhar, Sheikh Dr Usama El Sayyed Mahmoud berkata, persoalan agama terutama yang membabitkan akidah perlu dilihat dalam ruang yang luas kerana ia turut membabitkan isu keselamatan, moral dan teknologi.

“Perkara ini dirisaukan akan memberi kesan jangka panjang kepada pembentukan akidah mereka kerana apabila mereka (belajar) melalui FB, ia hanya perkongsian ilmu secara asas saja…tidak menyeluruh dan boleh membawa kepada penyebaran maklumat yang tidak tepat.

Beliau mengemukakan masalah ini dalam hujahnya di ‘Wacana Antarabangsa Intelek Islam: Akidah Murni Pusaka Nabi Muhammad SAW’ anjuran Kerajaan Negeri Pahang dan Yayasan Pahang di sini pada Selasa.

Wacana itu yang membincangkan ‘Isu Kecelaruan Akidah Umat Islam Kini, Cabaran dan Penyelesaiannya’ turut disertai ulama terkemuka dalam bidang ilmu Al-Kalam, Mantiq dan Usul al-Fiqh, Sheikh Saed Mahmoud Foudah.

Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas negeri, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad menjadi moderator pada majlis berkenaan.

Dr Usama berkata, “Teknologi ini (laman sosial) juga dijadikan medan oleh pihak tertentu untuk menyebarkan fahaman mereka secara halus…mengelirukan umat Islam lain.

“Sebagai contoh, tindakan ISIS yang melakukan kekejaman di Iraq… perbuatan mereka jelas tidak mewakili ajaran Islam sebenar dan akhirnya memberikan imej buruk kepada agama Islam,” katanya.

Sheikh Saed Mahmoud pula berpendapat fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah yang terbaik kerana ia berpandukan al-Quran dan para ulama sudah memberikan takrif tepat mengenai fahaman berkenaan.

“Melalui fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah…umat Islam perlu memahami syariat Islam sebenar dan menguasai cara menggunakan akal dengan baik bagi memastikan setiap kandungan al-Quran dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka dengan baik,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob ketika merasmikan wacana itu berkata, umat Islam perlu mempelajari dan memahami persoalan akidah secara berterusan menerusi majlis ilmu dan kelas agama yang dikendalikan cendekiawan Islam yang bertauliah.

Ini untuk mengelakkan umat Islam dari terpesong akidah ekoran kemunculan pelbagai fahaman yang dibawa pihak-pihak tertentu, kata beliau.

One thought on “Tokoh Islam Al-Azhar, Bimbang Trend Guna Facebok Dan Google Dalami Ilmu Agama

  • December 5, 2014 at 6:31 pm
    Permalink

    I am curious to find out what blog platform you’re utilizing? I’m experiencing some small security problems with my latest website and I would like to find something more safe. Do you have any solutions?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.