SPR Tetap Tarikh PRK DUN Pengkalan Kubor Selepas Terima Surat Speaker

Kota Baharu – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menetapkan tarikh pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor selepas menerima surat makluman mengisytiharkan kekosongan kerusi itu daripada Speaker DUN.

Pengarah SPR Kelantan Mohamad Mahmud berkata pihaknya akan mengadakan mesyuarat khas selepas surat itu diperolehi.

“Kita tunggu dulu makluman mengenai kekosongan itu secara rasmi daripada speaker DUN Kelantan (Abdullah Ya’kub).

“Pilihan raya kecil perlu diadakan 60 hari dari tarikh kekosongan,” katanya ketika dihubungi di sini, pada Rabu.

Noor Zahidi, 57, meninggal dunia akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, pada Rabu.

Allahyarham yang menjadi Adun Pengkalan Kubor selama tiga penggal dan Ketua Umno Bahagian Tumpat selama empat penggal meninggal dunia pada 5.45 pagi.

Pada pilihan raya umum tahun lepas, Allahyarham yang mewakili Barisan Nasional mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.