Najib Dan Mahathir Perlu Saling Bekerjasama Secara Erat, Demi Negara – Sharizat

Kuala Lumpur – Wanita Umno menyatakan sokongan tak berbelah bagi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang menerima tekanan demi tekanan dari bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketua pergerakan itu, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil juga berkata nasihat dan pandangan Mahathir tetap dihargai dan menggesa agar kedua-dua pemimpin dapat bekerjasama secara erat demi manfaat kepada negara.

“Sokongan ini berdasarkan visi, kekuatan dan kebijaksanaan Datuk Seri Najib memahami tuntutan dan lanskap politik, ekonomi dan sosial masa kini untuk menentukan Malaysia terus demokratik, aman, membangun dan dihormati di peringkat global,” katanya dalam satu kenyataan.

Shahrizat, yang terpaksa berundur dari kabinet sewaktu skandal National Feedlot Corporation meletus, turut memuji Najib sebagai pemimpin yang berjaya mempertahankan negara walau ia cuba “dikucar-kacirkan pembangkang”.

“Kebijaksanaan, keterbukaan dan sifat inklusif Datuk Seri Najib menentukan BN terus menjadi kerajaan Malaysia dalam mempertahankan keselamatan dan pembangunan rakyat terutama di kala pihak pembangkang bertalu-talu cuba mengkucar-kacirkan negara,” katanya.

“Saya percaya keakraban dan perkongsian pendapat di antara Datuk Seri Najib dengan Tun Dr Mahathir mampu membawa kekuatan kepada Umno dan BN terutama di kala membincang isu-isu yang kritikal untuk negara.

“Ia umpama menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak,” katanya.

Sementara itu, dalam nada serupa, Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafii turut mempertahankan Najib yang menurutnya terpaksa mengharungi cabaran lebih besar berbanding perdana menteri terdahulu.

Kenyataan berkenaan timbul selepas Mahathir melancarkan kritikan keras ke atas Najib dengan menyifatkan prestasi Najib lebih buruk berbanding yang ditunjukkan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

One thought on “Najib Dan Mahathir Perlu Saling Bekerjasama Secara Erat, Demi Negara – Sharizat

  • August 22, 2014 at 12:02 pm
    Permalink

    semasa zaman Tun MM ada akta ISA yang aman sedikit dari kalangan pembangkang atau rakyat tapi masa DS Najib ISA dimansuhkan dan tukar akta yang membuat pembangkang dan rakyat berani sedikit buat kecoh. Nama kedua-dua pemimpin masih belum berani menukar sekolah satu bahasa yang akan mengeratkan perpaduan kaum seterusnya menjadi aman. Boleh lah ditumpukan kepada pembagunan ekonomi negara am nya dan khusus ekonomi bumiputra yang masih belum tercapai walau 57 merdeka

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.