Rakyat Malaysia Maut Dibedil Kereta Kebal Di Syria

Syria – Salah seorang rakyat Malaysia yang berada di Syria untuk memerangi tentera Iraq dikenali sebagai Mat Soh atau Abu Turob, meninggal dunia selepas terkena tembakan peluru kereta kebal baru-baru ini.

Berita kematiannya dimaklumkan seorang rakyat Malaysia lain yang turut berada di sana menerusi Facebook.

Menurut ‘caption’ gambar yang dikirim oleh rakan Abu Turob, allahyarham merupakan rakyat Malaysia pertama yang menjadi korban di bumi Syiria.

“Moga Allah terima Abu Turob sebagai assyahid, amin Ya Allah, mujahid Malaysia Pertama yang bersama kami syahid” katanya.

 

 Abu Turab 3

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 Abu Turab 2

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Namun ketika SuaraTV cuba mengakses laman sosial beliau bagi mendapatkan butiran lanjut mengenainya, akaun tersebut telah ditutup (block) oleh pihak pengendali Facebook.

Abu Turab dikatakan gugur ketika mempertahankan Kampung Syar’aya selepas bertempur selama satu jam.

Masyarakat sebelum ini gempar ekoran pendedahan media berhubung puluhan rakyat Malaysia dikatakan pergi ke Syria sejak dua tahun lalu atas nama perjuangan ‘jihad’ bagi membantu umat Islam di negara bergolak itu.

Sumber keselamatan sebelum ini mendedahkan, segelintir rakyat Malaysia dikesan pergi ke Syria setelah terpengaruh de­ngan dakyah pihak tertentu kononnya mereka boleh mati syahid di negara berkenaan.

Kerajaan dalam satu kenyataan turut menegaskan, untuk tidak membenarkan rakyat negara ini mencampuri urusan negara lain dan mereka terbukti bersalah boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Siasatan polis sebelum ini percaya mereka yang terlibat mempunyai kaitan dengan 10 individu dipercayai ahli kumpulan militan yang ditahan polis dalam operasi khas di Kedah dan Selangor, pada 27 April lalu.

““Kita percaya kesemua mereka itu menyasarkan untuk berjihad ke Syria setelah terpengaruh dengan dakwaan yang mengatakan Presiden negara berkenaan iaitu Bashar al-Assad menindas para ulama.

“Bagaimanapun kumpulan itu tidak sedar, pemberontakan tersebut adalah tajaan pihak Barat untuk menjatuhkan Bashar kerana menyokong Iran dan menentang Israel,” meneurut sumber tersebut.

Kumpulan militan tempatan yang dibongkar pihak berkuasa baru-baru ini dikesan menjalin hubungan dengan puak penentang kerajaan Syria dikenali sebagai kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) yang mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda.

Menurut sumber keselamatan, di Syria, kumpulan tersebut dilatih menjadi pakar dalam penggunaan senjata api berat dan menggunakan bom, malahan menghasilkan bom buatan sendiri.

Namun dakwaan sumber keselematan itu disangkal oleh kumpulan tersebut yang mendakwa mereka adalah ‘pejuang jihad bebas’.

“Kami bergerak sendirian. Kami hidup sendirian. Kami memperoleh senjata sendiri. Kami tidak terlibat dengan mana-mana kumpulan,” kata Ahmad Salman Abdul Rahim, 38, yang sebelum ini terlibat dalam perniagaan pembuatan filem dan pernah melanjutkan pelajaran di London dari 1997-2008 sebelum menjadi seorang pejuang jihad.

Walaupun terdapat laporan yang mengaitkan militan warga Malaysia mempunyai kaitan dengan kumpulan tertentu seperti al-Qaeda dan kumpulan Militan Negara Iraq dan Jajahannya (Isil), dia menegaskan bahawa mereka berjuang secara bebas.

Ahmad Salman, bersama dengan Mohammad Fadhlan Shahidi, 21, dan bekas Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah, Mohd Lotfi Ariffin, 45, adalah sebahagian daripada pejuang jihad dari Malaysia yang berjuang di luar negara.

Sebelum ini Lotfi memberitahu bahawa dia bukanlah sebahagian daripada rangkaian Isil namun berkata berada di Syria semata-mata untuk berjuang “di jalan Allah” dan bukan untuk kepentingan mana-mana pihak.

Kedua-dua mereka merupakan pengguna aktif Facebook dan sentiasa mengemaskini aktiviti-aktiviti mereka di laman sosial itu.

Posting mereka mendapat perhatain ramai rakyat Malaysia yang berkongsi idea yang sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.