Prihatin : Bomba Selamatkan Anjing

Labuan – Tugas anggota Bomba dan Penyelamat bukan saja menyelamatkan mangsa, harta benda atau memadam api semata-mata.

Beberapa anggota Balai Bomba dan Penyelamat Labuan pada Selasa melakukan tugas luar biasa, apabila menyelamatkan seekor anjing liar yang terjatuh ke dalam longkang di hadapan Sekolah Agama Kampung Lubuk Temiang.

Dengan menggunakan tangga, seorang anggota bomba turun ke longkang besar berkenaan untuk menyelamatkan anjing dewasa.

Tindakan anggota bomba yang prihatin dengan keselamatan setiap makhluk Tuhan ini memang patut dipuji.

Sebelum ini, pengguna laman Facebook turut memuji tindakan pemilik akaun FB, Wak Jul Qassandra Hunter, yang menyelamatkan tiga ekor anak anjing daripada lemas di dalam longkang.

Dengan menggunakan kain, Wak Jul Qassandra Hunter, mengeluarkan anak-anak anjing itu seekor demi seekor, lalu dilepaskan semula ke padang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.