Pecat Khalid: ROS Panggil PKR Beri Penjelasan

Kuala Lumpur – Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengarahkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hadir untuk membuat penjelasan berhubung tindakan lembaga disiplin parti itu dan keputusan menyingkirkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dari parti.

Pengerusi lembaga disiplin PKR Datuk Tan Kee Kwong mengesahkan beliau menerima surat dari ROS yang meminta beliau hadir ke ibu pejabat ROS di Putrajaya untuk memberi penjelasan.

“ROS memanggil parti itu berhubung tuduhan salah laku Lembaga Disiplin dan kepimpinan pusat.

“Surat itu daripada Ketua Bahagian Penguatkuasaan RoS ASP Akmal Yahaya,” katanya.

Tan berkata, pihaknya menerima faksimili pada jam 3 petang semalam dan beliau akan bertemu dengan pegawai ROS pada Khamis ini bersama ahli PKR yang juga Ahli Parlimen Subang R Sivarasa.

Bagaimanapun, surat tersebut tidak menyatakan secara khusus mengenai pemecatan Khalid daripada parti itu pada 9 Ogos lalu.

“ROS memanggil parti itu berhubung dakwaan salahlaku lembaga disiplin dan pimpinan pusat,” katanya.

Tambahnya, mesyuarat itu akan berlangsung pada jam 10 pagi esok di Putrajaya.

Khalid dalam aduannya kepada ROS selepas pemecatan dari parti mendakwa tindakan itu melanggar perlembagaan parti.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.