Najib Ucap Takziah Pada Keluarga ADUN Pengkalan Kubor

Kuala Lumpur – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah atas kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar.

“Takziah kepada keluarga Datuk Noor Zahidi Omar, ADUN Pengkalan Kubor yang pulang ke Rahmatullah pagi tadi. Moga roh beliau dicucuri rahmat. Al-Fatihah,” katanya dalam akaun Twitter.

Allahyarham meninggal dunia akibat kanser hati dan menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.45 di Guangzhou, China.

Allahyarham yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan berada di negara itu untuk mendapatkan rawatan.

 

Baca: ADUN Pengkalan Kubor Meninggal Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.