Mahkamah : Enam Anggota Polis Ditemui Dalam Keadaan Mengerikan

Kota Kinabalu – Enam anggota polis yang terbunuh dalam serangan hendap di Semporna, pada 2 Mac tahun lalu, ditemui dalam keadaan mengerikan, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.

Pegawai penyiasat, Insp Jamirin Kintai, antara anggota pasukan yang bertanggungjawab mengeluarkan mayat anggota polis berkenaan dari Kampung Simunul, Semporna, pada jam 6.45 petang 3 Mac 2013, berkata dua daripada mangsa telah dipenggal dan dicacatkan.

“Sarjan Baharin Hamid dicacatkan dengan otak dan mata kanan hilang daripada tengkorak dan terdapat kelaran pada mukanya.

“Leher Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran pula telah dipenggal dan terdapat luka pada badan, kulit dan dagingnya. Mukanya telah dikoyakkan dan hanya kelihatan tulang muka,” katanya.

Jamirin juga memberitahu mahkamah bahawa leher Lans Koperal Salam Togiran ‘hampir putus dengan kepalanya hanya melekat pada tubuhnya oleh beberapa inci kulit pada lehernya.’

Katanya, kesan kelaran ditemui pada kepala dan badan Sarjan Abdul Aziz Sakiran dan Supt. Ibrahim Lebar, manakala ASP Michael Padel pula mengalami kecederaan pada bahu dan dada.

Semasa pemeriksaan balas, Jamirin berkata, beliau mendapati insiden melibatkan enam anggota polis itu ada kaitan dengan pencerobohan kumpulan lelaki bersenjata Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, pada Februari tahun lalu.

Sementara itu, Pegawai Cawangan Khas Bukit Aman, ASP Mohamad Hasnal Jamil, memberitahu mahkamah bahawa tiga daripada tertuduh telah dinamakan dalam pintasan komunikasi dilakukan di Bukit Aman dari 14 hingga 17 Februari tahun lalu, berhubung pencerobohan di Lahad Datu.

Beliau mengenal pasti tertuduh berkenaan sebagai Salib Akhmad Emali, Julham Rashid dan Al Wazir Osman alias Abdul.

Katanya, lapan nombor telefon bimbit telah dipintas, dengan tiga nombor, iaitu 019-5398122 digunakan Salib Akhmad; 012-8384472 digunakan Julham dan 014-6774272 digunakan individu dikenali sebagai ‘Imam Tua’ yang kemudiannya dikenal pasti sebagai Al Wazir, adalah paling aktif berkomunikasi dengan satu lagi nombor 014-2847213 yang digunakan individu dikenali sebagai Raja Muda Agbimuddin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.