Krisis MB: Sultan Selangor Dijangka Pendekkan Cuti, Kembali Awal

Shah Alam – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dijangka akan memendekkan percutian luar negaranya dan akan kembali ke tanah air pada 23 Ogos dan bukannya pada 27 Ogos seperti yang dijadualkan .

Menurut satu laporan yang telah dikeluarkan oleh The Star Online, maklumat ini diperoleh daripada sumber pihak kerajaan negeri sendiri.

Sebelum ini, Sultan telah menitahkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar tidak membuat sebarang kenyataan berhubung kedudukannya sebagai Menteri Besar sehingga baginda pulang pada 27 Ogos.

Khalid juga sebelum itu telah mengadap Sultan pada 11 Ogos bagi menyatakan bahawa beliau masih mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.