Jenazah Mangsa MRT Runtuh, Dihantar Pulang Ke Bangladesh

Kuala Lumpur – Jenazah ketiga-tiga mangsa runtuhan kejadian blok konkrit landasan projek Mass Rapid Transit (MRT) dijangka diterbangkan ke Bangladesh esok.

Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam MRT Corp Amir Mahmood Razak berkata semua waris dan keluarga mangsa di Bangladesh telah dihubungi dan akan menyambut ketibaan jenazah.

“Jenazah mangsa akan diterbangkan esok pagi sebaik saja MRT mendapat kelulusan untuk dibawa pulang ke sana daripada Kedutaan Bangladesh,”

Dalam kejadian malam Isnin lepas, tiga pekerja binaan lelaki warga Bangladesh maut akibat dihempap landasan konkrit seberat 650 tan di tapak projek MRT berhampiran Institut Penyelidikan Getah Malaysia di Kota Damansara pada jam 8.30 malam.

Pekerja terbabit ialah Mohamad Faruk Khan, Mohammad Elahi Hossain dan Mohammad Alauddin Mollik.

Amir Mahmood berkata pihak pengurusan MRT mengadakan majlis Tahlil malam semalam dan akan mengadakan solat jenazah ghaib esok di kawasan penempatan pekerja MRT, berhampiran dengan kejadian lokasi.

“Pihak pengurusan MRT telah diberi tempoh seminggu oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat untuk melengkapkan siasatan dan kini penyiasat daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan turut sama menyiasat punca sebenar kejadian runtuhan konkrit itu,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.