Israel Lancar Lagi Empat Serangan Udara

Genting Gaza – Israel melancarkan sekurang-kurangnya empat serangan udara ke Gaza semalam serta mengarahkan wakilnya pulang daripada perbincangan gencatan senjata di Kaherah, Mesir selepas tiga roket dilancarkan dari wilayah Palestin memasuki selatan Israel.

Serangan udara dilancarkan beberapa minit selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengarahkan tentera rejim menyerang balas serangan roket yang memasuki kawasan bandar Beersheva ketika Israel dan Palestin bersetuju dengan genjatan senjata selama 24 jam.

Saksi melaporkan, serangan udara menyasarkan kawasan terbuka di utara Beit Lahiya, Maghazi dan Khan Younis serta Rafah, namun tiada kecederaan atau kemusnahan dilaporkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.