Gadis 15 Tahun Cuba Bunuh Diri Depan Mata Kakak

Kota Kinabalu – Seorang wanita berdepan detik cemas, apabila menyaksikan adiknya cuba membunuh diri dengan terjun dari sebuah bangunan di Kepayan Perdana.

Gadis yang berusia 15 tahun itu dipercayai bertindak sedemikian, kerana mengalami kemurungan.

Akibatnya, kaki gadis berkenaan patah dan terpaksa dirawat di Hospital Queen Elizabeth.

Keadaannya dilaporkan stabil kini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra, ketika dihubungi berkata, kes itu masih dalam siasatan.

Katanya, siasatan awal mendapati, mangsa mengalami kemurungan yang menyebabkan dia bertindak terjun dari bangunan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.