Bertudung Bukan Sebab Nak Kahwin

Naib Juara Akademi Fantasia musim kelapan, Adira turut memilih untuk bertudung baru baru ini.

Di laman Instagram miliknya, beliau memuatkan sekeping gambar yang menggambarkan dirinya sudah bertudung.

Tetapi gambar berkenaan sekadar menunjukkan sebahagian wajahnya yang mengenakan hijab.

Mengulas perubahan drastik itu, penyanyi yang popular dengan lagu ‘Aku Ada Kamu’ dan ‘Ilusi’ itu menjelaskan hasratnya itu lahir dari hati yang ikhlas.

“Baru tiga hari saya mengenakan tudung. Ia terjadi atas kehendak diri dan doa semua yang mengharapkan kebaikan saya.

“Peminat pun barangkali tak tahu dengan perubahan ini. Biarlah mereka tahu sendiri,” katanya.

Diusik apakah perubahan ini ada kaitan dengan soal perkahwinan sementelah dirinya diketahui sudah berpunya, Adira menafikannya.

“Tiada alasan tertentu untuk perubahan ini,” katanya yang sedang mempromosikan single terbaru Ruhi kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.