Anne Ngasri Tak Nak Jadi YB

Setelah melahirkan cahaya mata keempat pada September tahun lalu, kelibat pelakon Nasriah Ngasri atau lebih dikenali sebagai Anne sudah jarang kelihatan di kaca televisyen.

Tambahan pula, dia kini dilihat sibuk dengan aktiviti politiknya setelah dilantik sebagai Ketua Puteri UMNO Bahagian Bukit Bintang dalam pemilihan yang diadakan pada tahun lalu.

Bercakap kepada Kosmo!, Anne berkata dia masih lagi berlakon cuma tawaran yang diterimanya kini agak kurang.

“Sehingga kini saya tidak pernah berhasrat mahu berhenti berlakon, cuma tawaran yang diterima agak kurang. Mungkin ramai penerbit atau pengarah yang menyangka saya sangat sibuk dengan aktiviti politik dan rumah tangga. Selain itu, saya terpaksa memilih setiap tawaran yang diberikan, misalnya akan tolak kalau penggambaran di luar Kuala Lumpur. Lagipun saya perlu memberi tumpuan membesarkan keempat-empat anak saya.

Tambah pelakon yang sangat dikenali menerusi sitkom kanak-kanak popular sikit masa dulu ‘Cili Padi’ ini, tujuanya bergiat secara aktif dalam politik bukan kerana bertanding sebagai wakil rakyat sebaliknya mahu melakukan kebajikan terutama sekali membantu golongan Melayu.

“Secara jujurnya saya tidak pernah idam untuk menjadi seorang wakil rakyat kerana pembabitan saya bersama UMNO semata- mata mahu memperjuangkan agama, bangsa dan negara. Perjuangan saya ini ikhlas dan segala yang dilakukan semuanya secara sukarela.

“Namun begitu, kalau ditakdirkan saya tercalon bertanding dalam pilihan raya, saya tidak akan menolaknya kerana ia boleh menjadi platform membantu rakyat. Cuma, saya memang tidak mengidam untuk menjadi seorang wakil rakyat”, katanya yang akan muncul menerusi filem terbaru Pengapit tidak lama.

Anne atau nama sebenarnya Nasriah Ngasri telah berkahwin dengan Setiausaha Kerja, Pergerakan Pemuda UMNO, Mohd Sumali Reduan pada 22 Disember 2012.

Sebelum itu Anne pernah mendirikan rumah tangga dengan Abdul Wafi Hassan pada 26 Mei 2006. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga caaya mata lelaki. Anne dan Wafi bercerai pada 25 Jun 2010.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.