ADUN Engkar: PAS Tangguh Tindakan Hingga Selesai Isu MB

Kuala Lumpur – Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata parti itu menangguhkan tindakan terhadap dua ADUNnya yang menyokong Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor, sehingga isu tersebut selesai.

Beliau juga mengesahkan menerima laporan PAS Selangor berhubung sokongan ADUN Hulu Kelang Saari Sungib dan ADUN Morib kepada Wan Azizah menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar.

“Ya, kita dan terima laporan tapi tunggu dululah krisis Selangor selesai, lepas itu kita fikir apa nak buat.

“Buat masa ini, kita tangguh dulu, biar selesai isu menteri besar,” katanya seperti dilapor akhbar itu.

Laporan itu menyebut, Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad berkata pihaknya menyediakan laporan berhubung tindakan kedua-dua ADUN PAS itu selepas diarahkan oleh PAS Pusat.

Pada 14 Ogos lalu, Saari dan Hasnul menyatakan sokongan terhadap presiden PKR itu bagi menggantikan Khalid yang juga ADUN Pelabuhan Klang sebelum mesyuarat Jawatankuasa PAS pusat bersidang pada 17 Ogos.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.