Starlink mula sedia perkhidmatan internet di IPT, sekolah terlebih dahulu – Fahmi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Digital telah menyerahkan lesen pemberi kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada wakil Starlink baru-baru ini.

Menterinya Fahmi Fadzil berkata, Starlink akan memulakan perkhidmatan mereka di kawasan IPT dan sekolah terlebih dahulu seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lepas.

“Saya telah menyerahkan lesen pemberi kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada wakil Starlink baru-baru ini.

“Ini sekali gus membenarkan Starlink menyediakan perkhidmatan internet satelit di Malaysia terutamanya di kawasan pedalaman.

“Insya-Allah Starlink akan memulakan perkhidmatan mereka di kawasan IPT dan sekolah terlebih dahulu seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri minggu lepas,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Jelas Fahmi, sekarang ini, 97 peratus kawasan berpenduduk telah mempunyai akses internet.

“Untuk baki 3 peratus pula, ada isu geografi lokasi seperti kawasan pedalaman atau pulau terpencil yang menjadi cabaran kepada pembinaan rangkaian.

“Oleh itu, kerajaan bersedia untuk bekerjasama dengan para penyedia perkhidmatan internet satelit termasuk Starlink untuk ke arah 100 peratus akses internet di kawasan berpenduduk,” ujarnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat