Pendakwaan Sanusi Semarak Gelombang Jentera, Sokongan Rakyat Terhadap PN – Tuan Ibrahim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa tindakan perundangan dikenakan terhadap Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyemarakkan lagi semangat gelombang jentera pilihan raya Perikatan Nasional (PN).

Beliau juga mendakwa, kes terhadap Menteri Besar Kedah yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PN itu juga membina gelombang sokongan kepada gabungan berkenaan.

“Tinjauan umum mendapati sokongan kepada PN meningkat,” katanya lapor BH di Kelantan pada Khamis.

Tuan Ibrahim turut mendakwa, keadaan sebaliknya pula dialami Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

“Walaupun mereka cuba menafikan tindakan ini bukan bermotif politik, semua pihak sedar ia memang tindakan politik, pendakwaan terpilih dan pelanggaran janji mereka mementang Akta Hasutan sebelum ini.

“Tindakan ini ternyata memakan diri apabila muncul pelbagai pihak membuat kenyataan membantah dan mempertikai tindakan ke atas Datuk Seri Muhammad Sanusi selepas mereka meneliti ucapan beliau yang langsung tidak menyebut Sultan Selangor,” katanya.

Sanusi yang juga Pengerusi PN Kedah merangkap Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, didakwa di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Selayang kelmarin atas dua pertuduhan menghasut.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 4(1)(A) Akta Hasutan, mengeluarkan kata-kata menghasut berhubung pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam ceramah politik, minggu lalu.

Sanusi dituduh melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan menyebut perkataan yang mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat